Tuesday, June 10, 2008

Harga minyak naik!!!

Harga minyak naik bagus untuk rakyat yang berpendapatan rendah kerana subsidi dapat diberikan secara lebih adil kepada rakyat
Cuba lihat contoh di bawah ini:

Dengan subsidi minyak: Petrol 1.92/seliter

Individu A
Isi minyak rm60 / minggu , maka sebulan isi 60 x 4 = rm 240 sebulan
Bilangan liter petrol sebulan = 240 / 1.92 = 125 liter sebulan
Setahun = 125 liter x 12 = 1500 liter setahun
Belanja setahun untuk minyak = 1500 x 1.92 = rm 2880

Individu B
Isi minyak rm20 / minggu , maka sebulan isi 20 x 4 = rm 80 sebulan
Bilangan liter petrol sebulan = 80 / 1.92 = 41.67 liter sebulan
Setahun = 41.67 liter x 12 = 500 liter setahun
Belanja setahun untuk minyak = 500 x 1.92 = rm 960

Tanpa subsidi minyak: Petrol 2.70/seliter

Individu A belanja setahun untuk minyak = 1500 x 2.70 = rm 4050
Individu B belanja setahun untuk minyak = 500 x 2.70 = rm 1350

Subsidi yang diterima oleh individu A dari kerajaan setahun = rm4050-rm2880 = rm 1770
Subsidi yang diterima oleh individu B dari kerajaan setahun = rm1350-rm960 = rm 390

Maka dengan pemberian rm625 setahun oleh kerajaan kepada kedua-dua individu maka individu B sebenarnya dapat peroleh lebih wang sibsidi sebanyak (rm625-rm390) rm235 setahun.

Dengan cara ini kerajaan dapat bertindak lebih adil kepada semua rakyat

" Belanja lebih ke atau tidak semua dapat keadilan"

Cuma pastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak ini.
Terima kasih PM.

No comments: